Polis tahan lima lelaki mabuk tunggang motosikal

No Image Caption
A
A
A

TELUK INTAN - Polis menahan lima lelaki selepas didapati menunggang motosikal dalam keadaan mabuk dalam satu operasi di Jalan Maharajalela di sini semalam.

Kesemua lelaki berusia 51 hingga 61 tahun itu ditahan dalam Op Mabuk dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Hilir Perak kira-kira jam 9 malam.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Marzukhi Mohd Mokhtar berkata, pemeriksaan dijalankan mendapati lima lelaki terbabit menunggang motosikal di bawah pengaruh alkohol.

"Semua suspek dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk diambil sampel darah bagi tujuan analisa dan mereka

"Mereka yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 45A (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Menurutnya, operasi dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan tiada pemandu atau penunggang kenderaan memandu dalam keadaan mabuk.

"Kita tidak akan berkompromi dengan perkara ini. Dinasihati sekiranya telah minum minuman beralkohol agar jangan memandu kenderaan," katanya.

Artikel Berkaitan: