Undian Bangsamoro jadi penentu

Langkah mewujudkan wilayah Bangsamoro itu bertujuan untuk hentikan perjuangan bersenjata di selatan Filipina.
Langkah mewujudkan wilayah Bangsamoro itu bertujuan untuk hentikan perjuangan bersenjata di selatan Filipina.
A
A
A

MANILA - FILIPINA. Penduduk di selatan Filipina akan mengundi pada esok terhadap cadangan untuk mewujudkan kuasa autonomi lebih besar yang dilihat oleh kerajaan pusat sebagai langkah untuk menamatkan konflik selama beberapa dekad di wilayah itu.

Lebih 2.8 juta penduduk di wilayah Autonomi Islam Mindanao dijangka menunaikan tanggungjawab mereka untuk menerima pakai undang-undang yang meluaskan wilayah digelar Bangsamoro yang akan menyediakan lebih banyak dana, bahagian hasil lebih besar dan kawalan penuh terhadap sumbernya.

Satu lagi pusingan undian akan berlangsung pada 6 Februari depan.

Difahamkan, beberapa ahli politik menolak langkah tersebut kerana enggan menyerahkan kawasan di bawah kawalan mereka kepada entiti politik baharu.

Proses undian itu adalah kemuncak kepada rundingan selama dua dekad yang bertujuan untuk menamatkan pemberontakan yang mengorbankan puluhan ribu nyawa dan menghalang perkembangan pulau kedua terbesar di Filipina itu dengan deposit mineral bernilai kira-kira AS$300 bilion (RM1.2 trilion).

"Kelulusan undang-undang ini akan membawa tanda keamanan dan Bangsomoro diharap boleh menyumbang dalam pertumbuhan ekonomi akan datang," kata ketua lembaga pelaburan wilayah itu, Ishak Mastura.

Sebelum ini, Presiden Rodrigo Duterte telah berkempen untuk mewujudkan wilayah baharu itu seperti dijanjikan dalam kempen pilihan raya beliau untuk membawa keamanan dan kekayaan di Pulau Mindanao.

"Ia bukan hanya untuk menamatkan perjuangan bersenjata di wilayah itu malah ia menjadi bukti kesungguhan untuk membawa keamanan sejati dan pembangunan di Mindanao," ujar Duterte.

Artikel Berkaitan:

Wilayah autonomi itu telah menunjukkan pertumbuhan ekonomi 7.3 peratus pada 2017 dan menjadi wilayah kelima paling berkembang pesat. - Bloomberg