Guru guna gaji taja uniform pelajar kurang mampu

Pelajar-pelajar yang hadir mengikuti kelas di SMK Negeri 3 di Desa Talang Tengah. -Foto Kompas
Pelajar-pelajar yang hadir mengikuti kelas di SMK Negeri 3 di Desa Talang Tengah. -Foto Kompas
A
A
A

BENGKULU - Seramai 19 guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Negeri 3 di Desa Talang Tengah, Bengkulu, secara sukarela menggunakan gaji mereka untuk membeli pakaian seragam pelajarnya.

Lapor Kompas, Ketua SMK Negeri 3, Afrijoni menjelaskan, inisiatif membeli pakaian seragam secara percuma untuk setiap pelajar baharu adalah salah satu cara menarik minat pelajar untuk belajar di sekolah yang kebanyakan mereka dari keluarga kurang bernasib baik.

Menurutnya, kebanyakan anak kampung tidak dapat bersekolah kerana alasan ekonomi.

"Sekolah ini dibuka pada 2015 dan perlu membayar yuran.

"Kerana alasan ekonomi, anak-anak kampung akhirnya memilih bekerja untuk mencari nafkah daripada pergi ke sekolah.

"Itulah sebabnya kami menaja pakaian pelajar untuk meyakinkan ibu bapa agar memaksa anak mereka ke sekolah, lebih-lebih lagi sekolah ini telah dibuka secara percuma," kata Afrijoni.

Beliau turut berharap pelajar-pelajarnya dapat menikmati peluang tersebut untuk menimba ilmu.

Artikel Berkaitan: