Atletico Madrid idam trofi Liga Juara-Juara

Atletico yakin mampu rangkul trofi Liga Juara-Juara musim ini.
Atletico yakin mampu rangkul trofi Liga Juara-Juara musim ini.
A
A
A

PRESIDEN Atletico Madrid, Enrique Cerezo percaya pasukan itu boleh memenangi trofi Liga Juara-Juara walaupun bermain tanpa kehadiran penyokong.

Menurutnya, Atletico merupakan sebuah pasukan istimewa yang mampu menghadirkan kejutan selain mampu menyesuaikan diri dengan apa jua keadaan termasuk bermain dalam stadium kosong.

Atletico melakukan kejutan dalam aksi Liga Juara-Juara musim ini selepas menumbangkan juara bertahan Liverpool dalam saingan 16 pasukan terbaik, Mac lalu.

"Kami sangat istimewa dan mampu menang Liga Juara-Juara walaupun tanpa sorakan penonton. Ia bakal menjadi tahun kami.

"Dalam saingan liga, mungkin kami berdepan kesukaran, tetapi kami bagus dalam saingan Liga Juara-Juara. Beberapa perlawanan lagi untuk melangkah ke perlawanan akhir dan kami berada di landasan tepat," katanya.

Saingan Liga Juara-Juara dijangka disambung semula pada Ogos ini selepas ditangguhkan akibat pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, Cerezo turut mengakui Covid-19 yang melanda dunia memberikan kesan kepada kewangan kelab dan pasaran perpindahan pemain.

Atletico sudah berbelanja besar pada permulaan liga dengan menandatangani pemain termahal kelab, Joao Felix selain turut mendapatkan Marcos Llorente, Hector Herrera, Felipe, Renan Lodi, Mario Hermoso dan Kieran Trippier.

Artikel Berkaitan:

"Ada kemungkinan kami tidak akan membeli pemain, tetapi kita akan tunggu dan lihat apa yang akan terjadi musim depan. Pasaran perpindahan akan menjadi sukar buat semua pasukan.