Peniaga Pasar Payang mohon pengecualian sewa tiga bulan

Zakaria
Zakaria
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seramai 1,000 peniaga di Pasar Payang di sini memohon kerajaan negeri mengecualikan bayaran sewa premis selama tiga bulan.

Pengerusi Persatuan Penjaja dan Peniaga Kecil Melayu Terengganu Cawangan Kuala Terengganu, Zakaria Yusoff, 57 berkata, pengecualian itu bertujuan memberi peluang kepada mereka untuk menjana kembali perniagaan selepas dihentikan sementara ekoran pandemik koronavirus (Covid-19).

"Setakat ini peniaga belum menerima sebarang maklumat berkaitan bayaran sewa premis perniagaan mereka.

"Bagaimanapun, kebanyakan mereka memohon bayaran sewa premis sekarang dikecualikan bermula Mac hingga Jun," katanya kepada Sinar Harian.

Lebih membimbangkan peniaga, katanya prestasi perniagaan agak perlahan kerana terdapat beberapa kategori perniagaan yang bergantung dengan kehadiran pelancong dari luar Terengganu.

"Sebelum ini perniagaan di tutup tetapi kini pelanggan masih berkurangan. Situasi ini lebih ketara berlaku kepada perniagaan emas, batik, songket dan keropok kerana kebanyakan pelanggan atau pembeli terdiri dalam kalangan penduduk luar Terengganu," katanya.

Artikel Berkaitan: