Zynn pesaing Tiktok

Aplikasi Zynn didakwa menawarkan ganjaran wang tunai kepada penggunanya.
Aplikasi Zynn didakwa menawarkan ganjaran wang tunai kepada penggunanya.
A
A
A

BEIJING - Aplikasi video pendek TikTok dari China kini berdepan pesaing yang sudah mula meningkat popularitinya di luar negara.

Zynn yang dihasilkan aplikasi perkongsian video Kuaishou di Beijing dan dilancarkan pada Mei lalu didakwa telah menjadi aplikasi percuma paling popular di Apple App Store di Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh sebulan.

Kuaishou dikatakan cuba merampas takhta Tiktok yang dihasilkan pesaingnya, Bytedance yang juga berpusat di Beijing dan sudah menjadi sensasi di seluruh dunia.

Aplikasi Zynn mempunyai ciri hampir sama seperti TikTok yang membolehkan pengguna melihat video pendek secara berterusan yang memaparkan aksi pengguna lain sedang menari mengikut rentak muzik namun Zynn menjanjikan lebih daripada sekadar hiburan.

Ia memberikan ganjaran wang tunai sehingga AS$20 (RM85) kepada pengguna di AS dan Kanada apabila mereka mengajak rakan lain memuat turun aplikasi itu, namun ia bergantung kepada keaktifan individu terbabit.

Pengguna juga menerima 'point' jika menonton video yang boleh ditukar kepada wang tunai.

"Kejayaan bergantung kepada tarikan utama aplikasi itu sama ada wang tunai atau adakah pembayaran itu ialah faedah sampingan sekunder untuk menggunakan Zynn," kata penasihat teknologi dan hos podcast Tech Buzz China, Rui Ma.

Difahamkan, kebanyakan ulasan secara atas talian juga lebih memfokuskan kepada sistem ganjaran wang yang diberikan Zynn dan sebahagian daripadanya membuat aduan gagal mengeluarkan sejumlah wang yang diterima daripada aplikasi tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: