PM sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong

Sembah tahniah dimuat naik di Facebook Muhyiddin.
Sembah tahniah dimuat naik di Facebook Muhyiddin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili seluruh rakyat negara ini merafak sembah setinggi-tinggi tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.

Muhyiddin turut mendoakan Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah serta kaum kerabat Seri Paduka berdua.

“Patik sekalian mendoakan semoga Tuanku akan diberi kekuatan dan keberkatan untuk terus kekal qarar bersemayam di atas Singgahsana Takhta Pemerintahan dengan penuh kebesaran, kedaulatan dan kesejahteraan jua.

“Patik juga berdoa ke hadrat ALLAH SWT mudah-mudahan Tuanku dan Raja Permaisuri Agong serta putera-putera, puteri-puteri dan seluruh kerabat sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat-Nya, dilanjutkan usia dan sentiasa berada dalam sihat walafiat selama-lamanya.

“Dirgahayu Tuanku, Daulat Tuanku. Menjunjung kasih Tuanku,” kata Perdana Menteri menerusi catatan di Twitter dan Facebook beliau. - Bernama

Artikel Berkaitan: