Kilang perabot terbakar, rugi lebih RM1 juta

Kebakaran melibatkan kerugian lebih RM1 juta.
Kebakaran melibatkan kerugian lebih RM1 juta.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Sebuah kilang perabot Kawasan Perindustrian Kampung Baru, di sini, mengalami kerugian lebih RM1 juta selepas musnah terbakar.

Difahamkan, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu beaku ketika pekerja warga asing kilang terbabit sedang melakukan kerja-kerja membuat sofa.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizham Mohd Nudin berkata, pihaknya terima panggilan pada pukul 11.47 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba, kita dapati api sudah merebak dan semua pekerja kilang terbabit berjaya menyelamatkan diri.

"Api bagaimanapun berjaya dikawal dalam tempoh 30 minit. Kebakaran hampir 80 peratus melibatkan struktur serta barang dalam kilang berkenaan.

No Image Caption

“Kita mengalami sedikit kesukaran ketika memadamkan api berikutan banyak barang mudah terbakar seperti kayu dan papan di dalam kilang berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, beberapa buah kereta dipercayai milik bengkel berhampiran turut terbakar dalam kebakaran berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Tambahnya, siasatan masih dijalankan bagi mengenalpasti punca kejadian.