Tiada pengecualian larangan merokok

Dzulkefly (dua, kiri) calon PH, M.Manogaran (kanan) mendengar penerangan daripada Pegawai Kesihatan Daerah Lipis, Dr Norhafizan Mohd Salleh ketika sesi lawatan ke Pusat Kesihatan Sungai Koyan, hari ini.

A
A
A

LIPIS - Kementerian Kesihatan menegaskan tiada pengecualian larangan merokok diberikan di premis-premis makanan sepanjang kempen PRK Parlimen Cameron Highlands.

Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, pihaknya tidak pernah berkompromi dengan mana-mana pihak yang didapati terus melanggar peraturan berkenaan.

"Mana ada pengecualian, kita telah kuatkuasa, cumanya dalam enam bulan pertama ini kita buat pendekatan pendidikan.

"Tidak ada gencatan dalam pilihanraya," katanya ketika ditemui selepas melakukan lawatan di Klinik Kesihatan Sungai Koyan, hari ini.

Beliau berkata sedemikian selepas mengulas isu tersebut berikutan masih ada segelintir individu yang seakan tidak peduli dengan larangan tersebut sepanjang musim PRK terbabit.

Artikel Berkaitan: