X

Kindly register in order to view this article
!

Tanpa vaksin, rantaian Covid-19 boleh putus jika patuh SOP

Dr Noor Hisham Abdullah
A
A

PUTRAJAYA - Pematuhan tinggi rakyat di negara ini terhadap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan berupaya memutuskan jangkitan wabak koronavirus (Covid-19) meskipun tanpa menggunakan vaksin.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, keyakinan itu berdasarkan pengalaman negara dalam mendepani dua virus hampir sama sebelum ini iaitu Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

"Walaupun sekarang ini kita mengharapkan vaksin (Covid-19 akan ditemui) iaitu mungkin akan dapat sama ada kita berjaya atau pun tidak dalam tempoh setahun atau setahun setengah lagi, kita tidak tahu.

"Apa yang kita pasti dan kita belajar daripada jangkitan MERS-CoV dan SARS (di mana sampai hari ini pun ada vaksin tetapi (hanya) menggunakan kaedah kesedaran kesihatan awam kita dapat bendung.

"Jadi ada kemungkinan tanpa mengguna vaksin kalau kita semua patuh kepada SOP dan juga patuh kepada saranan kesihatan awam, kita juga boleh memutuskan jangkitan Covid-19 tanpa vaksin," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kemungkinan wujud kluster baharu selepas kerajaan memutuskan lebih banyak sektor dibuka dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun ini pada sidang media situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari.

Menurutnya, kepatuhan rakyat terhadap SOP yang ditetapkan adalah asas penting dalam memastikan usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 itu.

"Tapi kalau ada (vaksin) lagi bagus," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!