Kluster baharu di Gombak dikesan

Gambar hiasan. - Foto 123RF
Gambar hiasan. - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan satu lagi kluster baharu di Gombak selepas mendapati kakitangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di kawasan itu positif wabak koronavirus (Covid-19).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia selepas lima kes positif wabak itu dikesan di lokasi berkenaan.

"Kita kenal pasti kakitangan di IPD ada terlibat (positif Covid-19). Kakitangan IPD itu adalah satu kes baharu yg dikesan hari ini.

"Ini (berjaya kesan) satu faktor kita lakukan saringan berkala dan apabila kita dapat kesan (kes positif), kita terus jalankan pengesanan kes secara aktif," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media situasi semasa jangkitan Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.

Menurutnya, punca dan siasatan masih dijalankan ketika ini, namun pesakit positif diasingkan serta diberi rawatan, selain pengesanan kontak rapat turut dilakukan.

Artikel Berkaitan: