Guru kerugian ditipu rakan sendiri

Mohd Wazir Mohd Yusof
Mohd Wazir Mohd Yusof
A
A
A

KUANTAN - Seorang guru kerugian RM9,600 apabila diperdayakan rakan sendiri dalam urusan pembelian kereta dan motosikal pada minggu lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata mangsa yang berusia 41 tahun mendakwa diminta membuat bayaran itu pada 12 Januari yang dikatakan sebagai bayaran deposit.

"Mangsa mendakwa bayaran itu adalah bagi pembelian kereta Produa Viva dan motosikal jenis EX5 yang dimasukkan ke dalam akaun suspek pada petang 13 Jan.

"Bagaimanapun, mangsa mendakwa suspek tidak dapat dihubungi selepas menerima wang itu dan kenderaan yang dijanjikan juga tidak pernah diterima," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Wazir menambah mangsa yang ‘memberi tempoh menunggu’ selama seminggu akhirnya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh semalam, kerana merasakan ditipu suspek.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Bernama

Artikel Berkaitan: