Mayat pemancing ditemukan di sungai

Mayat Wan Hafizan yang dijumpai di dalam sungai di Kampung Padang Sakar, Salor oleh pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat dibawa ke darat serta dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
Mayat Wan Hafizan yang dijumpai di dalam sungai di Kampung Padang Sakar, Salor oleh pasukan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat dibawa ke darat serta dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
A
A
A

KOTA BHARU - Seorang lelaki yang hilang ketika keluar memancing sejak malam kelmarin ditemukan mati dipercayai lemas di sungai Kampung Padang Sakar, Salor hari ini.

Mayat Wan Hafizan Wan Hussein, 42, ditemui sepasukan anggota bomba pada jam 2.32 petang tadi.

Ketua Zon Kota Bharu, Penguasa Kanan Bomba II Syobirin Abd Kadir berkata, mayat ditemukan pada jarak 1.2km dari lokasi terakhir mangsa dipercayai memancing.

“Operasi pencarian melibatkan 21 pegawai dan anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) serta 10 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) ditamatkan.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu, adik mangsa, Wan Lokman, 28, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, bapa dua anak itu disedari hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing sejak Jumaat lalu.

“Menjadi rutin abang keluar selepas Isyak ke lokasi biasa dia memancing iaitu 500 meter dari rumah kami. Kebiasaannya dia balik pada jam 1 pagi atau selepas mendapat hasil tangkapan udang yang dipancing.

“Dia juga perlu hantar isteri ke tempat kerja pada setiap pagi tetapi kami pelik apabila dia tak balik semalaman.

Artikel Berkaitan:

"Pencarian kami sebelum ini hanya menjumpai barangan memancing miliknya dalam sebuah bot penduduk yang diikat di tepi sungai serta motosikal miliknya yang diparkir di tebing sungai,” katanya.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat dan allahyarham meninggalkan balu, Masnita Mustapa dan dua anak berusia dari 4 hingga 17 tahun.