Prestasi lima koridor wilayah ekonomi dipantau: Tok Pa

Mustapa (dua kanan) melihat perancangan ECER di Kelantan.
Mustapa (dua kanan) melihat perancangan ECER di Kelantan.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Kerajaan akan terus memantau lima koridor wilayah pembangunan ekonomi yang diperkenalkan ketika pentadbiran Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi berjalan lancar mengikut perancangan asal.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Sri Mustapa Mohamed berkata, lima koridor yang diperkenalkan pada tahun 2008 itu ialah Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER), Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), Koridor Pembangunan Sabah (SDC) dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE).

Katanya, kesemua projek itu merupakan usaha kerajaan bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara.

"Kerajaan tidak mahu pertumbuhan ekonomi tertumpu di Lembah Kelang sahaja dan pembangunan diperluaskan ke kawasan lain supaya seimbang," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau hadir ke pejabat ECER Rantau Panjang untuk mendengar taklimat berkaitan perkembangan semasa perjalanan projek berkenaan di negeri ini.

Mustapa berkata, hasil pembangunan lima koridor itu dinikmati oleh seluruh rakyat negara ini.

"Kita berharap perancangan kerajaan Pusat dapat diterjemahkan sebaik mungkin bagi memastikan negeri-negeri yang terlibat dengan projek ini mendapat manfaat sebaik mungkin," katanya.

Mengulas mengenai pembangunan ECER di Kelantan, Mustapa berkata, badan berkenaan sudah melaksanakan 20 program membangunkan modal insan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, setakat ini 7,000 usahawan dilatih oleh ECER dan badan lain bagi memastikan mereka mampu berdaya saing.