Pengsan ketika disebat di Aceh

Seorang lelaki dihukum sebat 100 kali sebelum dia tumbang kerana berzina di Jantho, Aceh. - Gambar AFP
Seorang lelaki dihukum sebat 100 kali sebelum dia tumbang kerana berzina di Jantho, Aceh. - Gambar AFP
A
A
A

ACEH BESAR - Seorang lelaki tumbang ketika dihukum sebat sebanyak 100 kali berikutan kesalahan zina di Aceh Besar, pada Jumaat lalu, lapor akhbar Kompas.com pada Sabtu lalu.

Pada sebatan yang ke- 74, lelaki tersebut terpaksa diturunkan dari pentas bagi mendapatkan rawatan daripada pasukan perubatan.

Menurut pemantauan Kompas.com, dia dilihat merintih kesakitan sehingga hukuman sebat itu diberhentikan beberapa kali.

Setelah diturunkan dari pentas sebatan, lelaki tersebut dibawa menaiki ambulans yang siap sedia berada di lokasi hukuman.

Menurut portal berita Daily Mail, pihak berkuasa dibenarkan melaksanakan hukuman sebat terhadap pesalah yang melakukan perzinaan, minum minuman keras, perjudian dan golongan yang melakukan hubungan seks sesama jenis berdasarkan undang-undang Islam di wilayah tersebut.

Sementara itu, seorang wanita turut menjalani hukuman sebat sebanyak 100 kali tanpa henti di lokasi yang sama.

Seorang wanita (tiga dari kiri) diiringi oleh para pegawai pihak berkuasa sebelum dia dihukum sebat di Jantho, Aceh pada Jumaat lalu. - Gambar AFP
Seorang wanita (tiga dari kiri) diiringi oleh para pegawai pihak berkuasa sebelum dia dihukum sebat di Jantho, Aceh pada Jumaat lalu. - Gambar AFP

Sebatan ke atas wanita berkenaan dilakukan oleh dua petugas sebat perempuan.

Artikel Berkaitan:

Hukuman itu dilakukan secara terbuka di pekarangan Masjid Agung Al Munawarah, Kecamatan Kota Janthoe, Kabupaten Aceh Besar selepas solat dan disaksikan oleh sejumlah penduduk.

Lelaki tersebut dan wanita itu ditangkap di sebuah bengkel di kawasan Kecamatan Simpang Tiga, Kabupaten Aceh Besar kerana melakukan perzinaan.

Pasangan itu kemudian diserahkan oleh sejumlah penduduk Kantor Satpol PP/WH untuk menjalani proses perundangan Islam yang dilaksanakan oleh Aceh.

Ketika proses hukuman hudud itu dilaksanakan, para petugas sebatan mematuhi protokol kesihatan untuk mencegah penyebaran virus Covid-19.

Sebelum hukuman itu dilaksanakan, subu badan dua pesalah itu diperiksa.

Petugas dan lelaki serta wanita yang disebat turut memakai sarung tangan, pelitup muka dan menjaga jarak. - Agensi