Pagar batu hiasan telefon iPhone

Paparan Twitter @FLjasmy menarik perhatian ramai.
Paparan Twitter @FLjasmy menarik perhatian ramai.
A
A
A

BANGKOK - Sebuah rakaman video menunjukkan tiang pagar batu sebuah rumah dihiasi telefon pintar jenama terkenal iPhone dikagumi netizen.

Video berdurasi 59 saat dimuat naik di Twitter @FLjasmy itu menunjukkan tiang pagar rumah berhadapan sungai itu ditampal beratus telefon pintar iPhone.

Jika diperhatikan, pelbagai jenis edisi, warna dan saiz dilihat di sepanjang tiang batu rumah terbabit.

Bagaimanapun pemilik rumah dan lokasi sebenar rumah tidak diketahui.

Pengguna Twitter terpegun melihat kreativiti penghuni rumah itu malah menyifatkan keluarga itu daripada golongan kaya namun ada mempertikaikan ketulenan telefon pintar berkenaan.

Video tular dimuat naik kelmarin mencecah lebih 41,000 tontonan.

Kata Mas Yoga, "Pagar rumah impian", manakala Ha_rill pula menulis komen, "Jarang orang jual pelindung telefon letak di pagar rumah."

Artikel Berkaitan: