Lembu terjatuh dalam sungai diselamatkan bomba

Seekor lembu yang diselamatkan anggota bomba berhampiran bandar Bath pada Jumaat lalu. - Foto Bomba Avon
Seekor lembu yang diselamatkan anggota bomba berhampiran bandar Bath pada Jumaat lalu. - Foto Bomba Avon
A
A
A

LONDON - Beberapa anggota bomba menyelamatkan seekor lembu yang terjatuh di Sungai Avon, berhampiran bandar Bath, Britain, lapor agensi berita UPI pada 5 Jun lalu.

Sekumpulan bomba tiba di lokasi sebelum jam 8 pagi waktu tempatan selepas seorang pemanggil menghubungi pihak berkuasa, namun nama pemanggil yang membuat panggilan kecemasan tersebut tidak didedahkan.

Haiwan tersebut terjatuh ke dalam sungai itu ketika ia meragut rumput di Kenston Park dan anggota bomba terpaksa menggunakan sebuah bot dari Salford untuk menyelamatkan lembu tersebut.

Mereka juga menggunakan peralatan keselamatan ketika membawa naik lembu itu ke daratan.

Bagaimanapun, haiwan tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan ketika proses menyelamat dilakukan. - Agensi

Artikel Berkaitan: