Lelaki ditahan miliki pelbagai jenis dadah

Suspek ditahan kerana memiliki pelbagai jenis dadah.
Suspek ditahan kerana memiliki pelbagai jenis dadah.
A
A
A

KULAI- Seorang lelaki berusia 29 tahun ditahan bersama pelbagai jenis dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Seri Senai di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kulai, Superintendan Tok Beng Yeow berkata, bertindak atas maklumat, pasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah ( IPD) Kulai menyerbu rumah terbabit pada jam 5 petang.

"Pemeriksaan ke atas suspek menemui sebuah beg kecil berzip mengandungi beberapa paket plastik lut sinar berisi dadah disyaki syabu dan pil erimin dianggarkan bernilai RM2,130.

"Suspek dibawa ke IPD Kulai dan ujian saringan awal air kencing mendapati positif dadah selain mempunyai jenayah lampau berkaitan dadah.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 12( 2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15( 1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.

Artikel Berkaitan: