Penghantar barang panjat pagar dikejar anjing

Paparan Twitter Iman Asha tular dI laman sosial.
Paparan Twitter Iman Asha tular dI laman sosial.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang penghantar barang berdepan detik cemas apabila dikejar seekor anjing ketika berada di hadapan rumah pelanggan.

Rakaman video berdurasi 30 saat yang memaparkan lelaki itu sedang berdiri di hadapan pagar rumah pelanggan sebelum tiba-tiba didatangi seekor anjing berwarna coklat dari arah kanan dimuat naik di akaun Twitter Iman Asha kelmarin.

Lelaki berkenaan juga dilihat secara spontan memanjat pagar rumah pelanggan bagi menyelamatkan diri sebelum seorang wanita menghalau anjing menggunakan sebatang kayu.

Video yang ditonton lebih 1.3juta itu bagaimanapun tidak disertakan lokasi.

Rata-rata netizen yang menonton video itu bersimpati dengan lelaki itu dan tidak kurang juga terhibur kerana telatah spontannya memanjat pagar.

Bagaimanapun, ada juga netizen berkongsi pengalaman dikejar anjing sewaktu bertugas.

Antaranya, @khrulsyzwni yang menulis komen, "Benda ni paling aku takut tiap kali hantar tempahan dari Food Panda di kawasan yang banyak anjing. ALLAH je tahu berdebarnya macam mana."

Kata @hamizazman, "Saya pernah kena macam ni, hanya fikir lari je."

Artikel Berkaitan:

Menurut @syaffudin, "Kelakar dan kesian tengok kurier kena sergah dengan anjing. Tak apa brader saya pun pernah kena juga. Kadang bukan seekor je sampai 5 ekor depan saya pun pernah. Nak hadap anjing ni kena ada ilmu."