Perhimpunan bantah keganasan ke atas wanita

Kumpulan tunjuk perasaan itu menuntut laluan yang selamat untuk wanita selepas insiden pelajar dirogol dan dibunuh minggu lalu.
A
A

CANBERRA - AUSTRALIA. Ribuan penunjuk perasaan berarak, semalam untuk menggesa menamatkan keganasan terhadap wanita beberapa hari selepas insiden pelajar Israel dirogol dan dibunuh di Melbourne.

Kumpulan protes itu turut menuntut jalan raya yang selamat untuk wanita selepas mayat Aiia Maasarwe, 21, ditemui di semak berhampiran hentian trem pada Rabu lalu.

Dia dipercayai diserang ketika dalam perjalanan pulang dari sebuah persembahan komedi.

Insiden menggemparkan itu membawa kepada penangkapan seorang anggota polis berusia 20 tahun yang didakwa membunuh dan memperkosa mangsa.

Perhimpunan pada akhir minggu yang diadakan di Melbourne, Sydney dan Canberra itu adalah sebahagian daripada kempen Women's March yang pertama kali diadakan di Amerika Syarikat (AS) dan seluruh dunia pada Januari 2017.

Mereka turut membawa kain rentang mengutuk keganasan terhadap wanita dan Aiia. - AFP