'Zahid masih Presiden Umno'

Tengku Razaleigh Hamzah
Tengku Razaleigh Hamzah
A
A
A

GUA MUSANG - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan Datuk Seri Zahid Hamidi masih lagi Presiden Umno dan jawatan itu tidak dikosongkan untuk diisi sesiapa.

Menurutnya, kerusi berkenaan masih ‘terisi’ cuma fungsi dan tugas sahaja diserahkan kepada timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

“Jawatan itu tak kosong, Zahid masih lagi presiden Umno cuma dia lepaskan fungsinya sahaja. Beliau masih bercuti.

“Saya juga tidak dimaklumkan berapa lama tempoh bercuti itu namun beliau masih presiden parti,” katanya lagi.

Disember lalu, Zahid mengumumkan beliau menyerahkan tugas-tugas presiden Umno kepada timbalannya selepas ada desakan dalam partinya yang mahu beliau meletak jawatan.

Artikel Berkaitan: