22 motosikal disita selepas ubahsuai keterlaluan

Antara mereka yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan petang semalam.
Antara mereka yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan petang semalam.
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Polis mengeluarkan 82 saman membabitkan pelbagai kesalahan dalam Ops Samseng Jalanan di Jalan Guar Jering, Permatang Pauh di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, dalam operasi yang bermula jam 5 petang itu sebanyak 22 buah motosikal disita selepas mendapati berlaku ubahsuai keterlaluan selain 19 penunggangnya tidak mempunyai lesen yang sah.

Menurutnya, antara kesalahan lain yang dikesan seperti tidak memakai topi keledar, nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi, tiada cermin sisi dan tidak mempunyai cukai jalan serta perlindungan insurans.

"Serbuan dibuat hasil risikan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) dan pasukan task force lejang Ibu Pejabat Polis Daerah SPT sejak beberapa minggu lalu mengenai aktiviti sekumpulan remaja berkenaan yang menjadikan jalan di kawasan kampung sebagai lokasi berlumba.

"Seramai 30 orang remaja berusia di antara 15 hingga 35 tahun ditahan untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini hari ini.

Ops Samseng Jalanan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT semalam.
Ops Samseng Jalanan di bawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah SPT semalam.

Shafee berkata, pihaknya akan mempergiatkan operasi bagi membanteras aktiviti samseng jalanan yang bukan sahaja membahayakan nyawa mereka malah pengguna jalan raya yang lain.

Beliau berkata, motosikal yang disita akan disiasat mengikut Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Antara mereka yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan.
Antara mereka yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan.