Polis tumpas sindiket palsu dokumen saringan Covid-19 untuk warga asing

Polis menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen saringan Covid-19 dalam serbuan di premis di Jalan Alor, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Polis menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen saringan Covid-19 dalam serbuan di premis di Jalan Alor, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua lelaki warga Bangladesh ditahan di dua premis berasingan Jalan Alor di sini Jumaat lalu selepas disyaki terlibat dengan kegiatan sindiket pemalsuan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 negatif bagi warga asing.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, serbuan pertama di lakukan di sebuah premis kira-kira jam 5.40 petang dan kemudian membawa kepada serbuan dan tangkapan kedua di sebuah premis lain.

Beliau berkata, anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur ini merampas pelbagai barang termasuk komputer riba (2), mesin pencetak (3), mesin laminator (2), kertas cetakan laporan ujian saringan Covid-19 disyaki palsu (1) serta wang tunai RM1,331.

"Siasatan awal mendapati sindiket ini menjalankan aktiviti penipuan dengan cara mengeluarkan dokumen keputusan ujian saringan Covid-19 yang negatif bagi warga asing.

"Premis yang menempatkan seorang penjaga di kaunter itu beroperasi setiap hari bermula jam 12 tengah hari hingga jam 9 malam untuk mengendalikan sebuah komputer riba ketika berurusan dengan pelanggan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya percaya dokumen keputusan itu dijual pada harga RM50.

Polis menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen saringan Covid-19 dalam serbuan di premis di Jalan Alor, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.
Polis menumpaskan sindiket pemalsuan dokumen saringan Covid-19 dalam serbuan di premis di Jalan Alor, Kuala Lumpur, Jumaat lalu.

Katanya, selain itu, kedua-dua suspek tersebut juga dipercayai bekerja dengan lelaki tempatan dan anggaran gaji sebanyak RM1,500 hingga RM1,700 sebulan.

Artikel Berkaitan:

"Kesemua tangkapan dan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 22 (d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988, Seksyen 468 Kanun Keseksaan, Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen," katanya.

Tegasnya, Polis Kuala Lumpur memandang serius isu pemalsuan dokumen ini dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyalahi undang-undang. Sikap tidak bertanggungjawab dan hanya mengutamakan keuntungan sebegini hanyalah membahayakan orang ramai dan menjejaskan usaha kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau menghubungi mana-mana Balai Polis berdekatan.