Covid-19: Angka kematian global melepasi 396,000

Brazil menyertai United Kingdom dan Itali apabila mempunyai angka korban Covid-19 melebihi 35,000.
Brazil menyertai United Kingdom dan Itali apabila mempunyai angka korban Covid-19 melebihi 35,000.
A
A
A
ANGKA kematian akibat wabak koronavirus (Covid-19) terus meningkat.

Statistik dari Reuters menunjukkan jumlah korban akibat pandemik itu di seluruh dunia mencatatkan kenaikan tertinggi di Amerika Syarikat (AS) dengan 109,000 kes.

Ini menjadikan kumulatif kematian melepasi 396,000 kes.

Brazil menyertai United Kingdom dan Itali apabila mempunyai angka korban Covid-19 melebihi 35,000.

Manakala Perancis dan Sepanyol merekodkan jumlah korban lebih 20,000 dengan masing-masing mencatatkan 29,000 dan 27,000 kes.

Negara lain masih mencatatkan angka korban di bawah 11,000 kes.

Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif bagi kes pesakit yang telah sembuh apabila sebanyak 2.87 juta pesakit dibenarkan discaj.- Awani

Artikel Berkaitan: