Majikan rugi RM51,400 dakwa pekerja pecah amanah

 M Zambri
M Zambri
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang majikan menanggung kerugian RM51,400 selepas mendakwa pekerjanya pecah amanah sebelum menghilangkan diri baru-baru ini.

Pemilik kedai motosikal di daerah Dungun itu hanya menyedari perbuatan pekerja wanita terbabit pada 31 Mei lalu sebelum tampil ke Balai Polis Dungun membuat laporan pada Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu, Superintendan M Zambri Mahmud berkata, mangsa berusia 44 tahun mendakwa seorang pekerja wanitanya berusia 22 tahun disyaki menyeleweng wang hasil jualan tunai motosikal di kedainya.

"Mangsa mendakwa hanya menyedari duit kutipan jualan motosikal berjumlah keseluruhan RM51,400 tidak dimasukkan ke dalam akaun kedainya yang sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada suspek sebelum ini.

"Menurut wanita itu, dia tergerak hati untuk memeriksa akaun selepas suspek menghilangkan diri dan gagal dihubungi.

"Mangsa mendakwa dia mengesyaki suspek sudah melarikan diri bersama kekasihnya yang juga bekas pekerja di kedainya sebelum ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: