X

Kindly register in order to view this article
!

Kes positif Covid-19 di Indonesia lepasi angka 30,000

Pengunjung memakai topeng hidung dan melakukan penjarakan sosial untuk mencegah penularan wabak Covid-19 ketika mengunjungi pejabat pemerintah Kota Banda Aceh, Aceh, Indonesia. Foto: 123RF
A
A

JAKARTA - Kes positif koronavirus (Covid-19) di Indonesia terus meningkat melepasi angka 30,000 dengan 993 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan Covid-19 Achmad Yurianto, bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini sebanyak 31 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah kematian keseluruhan sebanyak 1,801 orang manakala kes positif kini berjumlah 30,514 kes.

“Seramai 13,347 pesakit masih dalam pemantauan Covid-19,” katanya dalam sidang akhbar hariannya yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Peningkatan kes positif berlaku drastik di wilayah Jawa Timur iaitu 286 kes positif baharu dan 17 kematian dalam tempoh 24 jam berkenaan.

Tiada kes kematian di provinsi Jakarta untuk tempoh 24 jam itu namun Jakarta masih mencatatkan jumlah kematian tertinggi keseluruhan iaitu 524 kes diikuti Jawa Timur (464 kes), Jawa Barat (158) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus