X

Kindly register in order to view this article
!

Status PKP bakal terjawab dalam perutusan khas PM esok

A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan menyampaikan perutusan khas berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada jam 3 petang esok.

Berdasarkan poster makluman mengenai perkara tersebut yang dimuat naik di Facebook rasmi Muhyiddin, perutusan khas itu akan disiarkan secara langsung di saluran televisyen TV3, Astro Awani, Bernama TV dan RTM.

Berikutan penularan pandemik koronavirus (Covid-19), Malaysia melaksanakan PKP pada 18 Mac lalu disusuli PKPB bermula 4 Mei yang akan berakhir pada Selasa depan iaitu 9 Jun.

Perutusan khas esok akan menjadi tumpuan rakyat bagi mengetahui keputusan kerajaan melanjutkan PKPB atau sebaliknya selain mengenai kebenaran merentas negeri.

Dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi bayangan bahawa beberapa perkara penting akan diumumkan oleh Muhyiddin esok.

“Saya difahamkan esok perdana menteri akan mengumumkan sesuatu, jadi kita tunggu.

"Saya takut nanti saya umum berbeza pula, atau pun nanti saya umum lebih awal daripada perdana menteri, tak boleh. Esok Perdana Menteri akan mengumumkan sesuatu, tentu sajalah banyak perkara yang akan disebut. Jadi kita tunggulah. Lepas tu kalau (Perdana Menteri) tak sebut, baru saya sebut," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus