Taman awam akan ditutup jika gagal patuhi SOP

Keadaan di Laman Iskandar Puteri.
Keadaan di Laman Iskandar Puteri.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lebih banyak taman awam di ibu kota akan ditutup jika orang awam masih gagal mematuhi garis panduan bersukan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan memberikan amaran tersebut susulan Laman Iskandar Puteri terletak di Taman Tasik Permaisuri di sini dipenuhi orang ramai beriadah.

Menurutnya, bilangan pengunjung yang tidak terkawal dikhuatiri menyumbang kepada penularan kes koronavirus (Covid-19) di tempat awam.

"Masih terdapat orang awam tidak mengamalkan penjarakan sosial, berkumpul dan berada terlalu ramai dalam satu tempat.

Jumlah pengunjung yang ramai Laman Iskandar Puteri dibimbangi menyumbang kepada penularan Covid-19.
Jumlah pengunjung yang ramai Laman Iskandar Puteri dibimbangi menyumbang kepada penularan Covid-19.

"Saya khuatir jika keadaan ini berterusan akan menyukarkan kawalan dan menyebabkan peningkatan kes Covid-19," katanya.

Beliau berkata, Jabatan Penguatkuasaan DBKL akan diminta memantau keadaan di kawasan itu dan mengawal jumlah pengunjung.

"Hanya satu atau dua pintu masuk akan dibuka bagi memudahkan kawalan pengunjung di kawasan tersebut.

Artikel Berkaitan:

"Jika keadaan masih sama, DBKL tidak teragak-agak menutup taman ini seperti yang dilakukan di Taman Tasik Titiwangsa," katanya.

Terdahulu, taman awam di bawah DBKL dibuka semula sejak 4 Mei lalu selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan kelonggaran bersukan yang tidak melebihi 10 orang adalah dibenarkan dengan syarat mematuhi garis panduan ditetapkan.

Bagaimanapun pada 28 Mei lalu, DBKL menutup semula Taman Tasik Titiwangsa sebagai langkah pencegahan penularan Covid-19 susulan jumlah pengunjung yang semakin ramai di kawasan itu.