X

Kindly register in order to view this article
!

Kompleks Pasar Meru sepi

Keadaan terkini sekitar Kompleks Pasar Meru.
A
A

KLANG - Suasana riuh rendah di Kompleks Pasar Meru bertukar sepi hari ini ekoran tiada sebarang aktiviti jual beli dijalankan di sekitar pasar itu susulan penutupan selama seminggu bermula semalam.

Tinjauan Sinar Harian di lokasi mendapati suasana di pasar itu lengang tanpa kehadiran pengunjung atau peniaga.

Ketua Unit Pasar Awam Majlis Perbandaran Klang, Mohamad Shukri berkata, pasar itu ditutup selama tujuh hari bermula semalam.

"Buat masa ini kita akan melakukan apa yang diarahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk dari segi aspek pembersihan dan sebagainya.

"Bermula hari ini juga sudah ada kerja-kerja pembersihan yang dijalankan oleh pihak kontraktor dilantik di kawasan pasar ini," katanya.

Terdahulu, Kompleks Pasar Meru dan 19 premis perniagaan di sekitarnya diarah tutup serta-merta semalam.

Pekerja pembersihan menjalankan kerja sanitasi di sekitar Kompleks Pasar Meru.
Pekerja pembersihan menjalankan kerja sanitasi di sekitar Kompleks Pasar Meru.

Ketua operasi bersepadu agensi penguat kuasa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pembukaan semula ekonomi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), CT Zawiah Ab Ghani berkata, penutupan kesemua tiga blok bangunan kompleks pasar itu dan premis sekitarnya dilakukan selepas dikesan beroperasi dengan tidak mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang ditetapkan.

“Pemeriksaan kami juga mendapati pengurusan pasar ini tidak menyediakan cecair pensanitasi tangan di lokasi sepatutnya, proses nyah cemar tidak dijalankan setiap hari dan bacaan suhu badan hanya diperiksa ke atas pengunjung tidak termasuk pekerja.

“Disebabkan itu, JKNS menutup kompleks pasar itu serta-merta hari ini (semalam) termasuk 19 premis peruncit dan pemborong di sekitarnya atas kesalahan sama iaitu sesak dan tiada jarak sosial," katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ingkar SOP: Pasar Meru, 19 premis diarah tutup serta-merta


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus