8,000 hektar tanah terbiar di Terengganu

Dr Azman Ibrahim
Dr Azman Ibrahim
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Pasukan petugas atau task force pemulihan tanah terbiar yang ditubuhkan kerajaan Terengganu sejak Mei lalu telah mengenalpasti 8,000 hektar tanah berpotensi untuk dimajukan.

Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Desa Terengganu, Dr Azman Ibrahim berkata, pasukan itu kini giat menjalankan operasi pemulihan tanah terbiar bagi menjadikan kawasan berkenaan lebih produktif.

“Task Force Tanah Terbiar di setiap daerah sedang mengambil tindakan masing-masing sebelum semua laporan dibentangkan kepada Jawatankuasa ‘Task Force’ Tanah Terbiar Negeri,” katanya hari ini.

Tanah terbiar bermaksud tanah milik individu atau syarikat berkeluasan lebih satu ekar dan tidak dimajukan selama tiga tahun berturut-turut namun tanah kerajaan tidak dikira sebagai tanah terbiar.

Menurut Dr Azman, usaha pemulihan semula tanah terbiar merupakan salah satu daripada teras tindakan Pelan Strategik Pertanian Negeri Terengganu 2019-2023.

Beliau berkata, ia juga seiring dengan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin semasa perasmian Penggal Ketiga Dewan Undangan Terengganu Ke-14 baru-baru ini agar kerajaan negeri mengambil satu tindakan bagi memulihkan tanah-tanah terbiar ini.

Dalam masa sama, Dr Azman turut menafikan dakwaan pihak tertentu kononnya kerajaan negeri akan menguatkuasakan undang-undang dan rampasan tanah dengan menubuhkan pasukan pemantau itu.

“Kita tidak mahu buang masa untuk bertelingkah dan mengundang kemarahan rakyat dengan tindakan atau dakwaan rampasan tanah di sana-sini.

Artikel Berkaitan:

“Fokus kami dalam ‘Task Force’ Pemulihan Tanah Terbiar Negeri Terengganu bukanlah bermatlamatkan untuk penguatkuasaan undang-undang dan rampasan tanah.

“Kami mahu kumpulkan data, kenal pasti segala faktor-faktor berkaitan seperti isu pemilikan tanah, kekurangan infrastruktur, ketiadaan dana, kesesuaian tanaman, faktor-faktor komersial dan sebagainya,” katanya.