Dua bot pukat jerut bilis ditahan

Dua bot pukat jerut bilis ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak selepas didapati beroperasi di luar kawasan dibenarkan di perairan Teluk Batik semalam.
Dua bot pukat jerut bilis ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak selepas didapati beroperasi di luar kawasan dibenarkan di perairan Teluk Batik semalam.
A
A
A

LUMUT - Dua bot pukat jerut bilis ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak selepas didapati beroperasi di luar kawasan dibenarkan di perairan Teluk Batik di sini semalam.

Pengarah APMM Perak, Kepten Maritim Shahrizan Raman berkata, kedua-dua bot membawa muatan ikan bilis dianggarkan 400 kilogram itu ditahan sekitar jam 5 petang selepas menerima aduan daripada nelayan tempatan.

"Lima minit sejurus maklumat diterima, satu pasukan anggota digerakkan ke lokasi bagi tujuan pemantauan dan didapati kedua-dua bot berkenaan telah melanggar syarat lesen kerana memukat di kawasan yang tidak dibenarkan.

"Hasil pemeriksaan, 17 awak-awak warga tempatan berusia lingkungan 34 hingga 74 tahun berada di atas bot tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bot bersama hasil tangkapan ikan bilis dibawa ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Bharu Lumut untuk siasatan lanjut.
Bot bersama hasil tangkapan ikan bilis dibawa ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Bharu Lumut untuk siasatan lanjut.

Menurutnya, bot tersebut bersama hasil tangkapan ikan bilis dianggarkan bernilai RM2,000 ditahan dan dibawa ke Pusat Tahanan Vessel (PTV) Kampung Bharu Lumut untuk siasatan lanjut.

"Siasatan lanjut dilakukan mengikut Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985," katanya.

Beliau berkata, APMM komited untuk menguatkuasakan undang-undang sedia ada sepanjang Op Benteng menerusi penubuhan National Task Force yang dilaksanakan 12 Mei lalu.

Artikel Berkaitan:

"Kita juga mengharapkan kerjasama orang ramai khususnya nelayan untuk terus menjadi mata dan telinga dengan melaporkan sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan negara ini,” katanya.