Ronaldo pemain bola sepak pertama bergelar 'billionaire'

RONALDO
RONALDO
A
A
A

BINTANG Juventus, Cristiano Ronaldo menjadi pemain bola sepak pertama di dunia berjaya menjadi billionaire.

Menurut majalah Forbes, pemain berusia 35 tahun itu mencatatkan pendapatan $105 juta (RM448 juta) sebelum cukai tahun lalu sekali gus menjadikan nilai keseluruhan kekayaan Ronaldo mencecah $1 billion (RM4.26 bilion).

Ia sekali gus menyaksikan Ronaldo mengikut jejak bintang golf dunia Tiger Woods dan bekas peninju, Floyd Mayweather yang menjadi atlet yang berjaya meraih gelaran bilionaire.

Majalah itu juga menyenaraikan Ronaldo berada di kedudukan keempat selebriti yang mendapat pendapatan tertinggi tahun ini di belakang legenda tenis, Roger Federer, penyanyi rap, Kanye West dan personaliti TV, Kylie Jenner.

Manakala, bintang Barcelona, Lionel Messi berada di kedudukan kelima dengan jumlah pendapatan sebanyak $104 juta (RM443 juta) tahun lalu dan pemain lincah Paris Saint Germain (PSG), Neymar berada di kedudukan ketujuh dengan pendapatan $95.5 juta (RM407 juta).

Ronaldo dikatakan telah memperoleh gaji $ 650 juta (RM2.7 bilion) selama 17 tahun sebagai atlet profesional, dan pendapatan selebihnya adalah daripada pengiklanan dan perniagaannya.

Dia juga mempunyai kontrak seumur hidup yang menguntungkan bersama Nike sejak 2016 dan terikat dengan beberapa jenama besar lain.

Selain menjadi duta produk, juara lima kali Ballon d'or itu juga mempunyai rangkaian perniagaan menerusi fesyen jenamanya sendiri, hotel dan Muzium CR7 di kampung halamannya.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, impak pandemik Covid-19 yang melanda dunia turut menjejaskan pendapatan pemain kelahiran Portugal itu selepas Juventus mengambil langkah memotong 30 peratus gajinya.

Messi turut sama terkesan dengan pengurangan gaji sebanyak 70 peratus akibat krisis tersebut dan Forbes meramalkan bintang Argentina itu akan menjadi bilionaire tahun depan.