X

Kindly register in order to view this article
!

84 masjid di Pahang dibenar solat Subuh berjemaah, solat Jumaat

A
A

KUANTAN - Sebanyak 84 masjid di Pahang dibenarkan untuk melaksanakan solat Subuh berjemaah dan solat Jumaat dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 5 Jun lalu.

Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (Muip), Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah berkata, pelaksanaan itu diperkenan oleh Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menurutnya, 84 masjid yang dibenarkan untuk melaksanakan solat Subuh berjemaah dan solat Jumaat adalah 71 masjid kariah dan 13 masjid daerah (kategori B).

"Masjid daerah terlibat adalah Masjid Al-Hidayah Permatang Badak, Masjid Al-Makmur Batu 10 (Kuantan), Masjid At-Taqwa, Masjid Padang Polo (Pekan) dan Masjid Abu Bakar Temerloh.

“Masjid Abu Bakar Mentakab, Masjid Tengku Ahmad, Jerantut, Masjid Jamek Bandar Triang, Bera, Masjid Tengku Sulaiman Ketari, Masjid Jamek Bandar Karak (Bentong), Masjid Bukit Fraser, Raub, Masjid Benta, Lipis dan Masjid Baru Bandar Tun Abdul Razak, Jengka,” katanya melalui satu kenyataan di sini hari ini.

Tengku Amir Nasser berkata, 71 masjid kariah pula adalah tujuh di daerah Kuantan, Pekan (5), Rompin (6), Maran (5), Temerloh (5), Bera (5), Jerantut (5), Bentong (5), Raub (5), Lipis (6), Cameron Highlands (2), Muadzam Shah (5), Chenor (5) dan Jengka (5).

SENARAI MASJID KARIAH TERLIBAT

1-KUANTAN

• Masjid Sultan Ahmad Shah, Sungai Isap

• Masjid Saidina Ali Abi Talib, Bukit Sekilau

• Masjid Tengku Panglima Perang tengku Muhammad, Sungai Karang

• Masjid Tariq Bin Ziyad, Soi

• Masjid saidina Hamzah, Kampung Padang

• Masjid Maahad Tahfiz Negeri Pahang, Tanjung Lumpur

• Masjid Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Gambang

2- PEKAN

• Masjid Sri Maulana

• Masjid Sultan Ahmad Shah

• Masjid Pulau Serai

• Masjid An-Nur Ketapang Hilir

• Masjid Taman LKNP

3- ROMPIN

• Masjid Kampung Janglau

• Masjid Sungai Puteri

• Masjid Kampung Pantai Bernas

• Masjid Al-Hikmah Bandar Lama

• Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Tanjung Gemok

• Masjid Felda Selendang

4- MARAN

• Masjid Kuala Sentol

• Masjid Kampung Sentosa

• Masjid kampung Luit

• Masjid Kampung Paya Bungor

• Masjid Felcra Sri Makmur

5- TEMERLOH

• Masjid Taman Temerloh Jaya

• Masjid Desa Murni

• Masjid Taman Sri Semantan

• Masjid Kampung Kuala Mai

• Masjid Kampung Rantau Panjang

6- BERA

• Masjid Kampung Jelam

• Masjid Kampung Bohor Baharu

• Masjid Felda Sebertak

• Masjid Felda Kumai

• Masjid Felda Triang 3

7- JERANTUT

• Masjid Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak

• Masjid Kampung Temin

• Masjid kampung Jerantut Feri

• Masjid Kampung Kuala Tembeling

• Masjid kampung Padang Piol

8- BENTONG

• Masjid Kampung Baru

• Masjid Kampung Bukit Piatu

• Masjid Taman Desa Damai

• Masjid Felda Sertik

• Masjid Felda Lurah Bilut

9- RAUB

• Masjid Felda Klau 1

• Masjid Tengku Abdullah Gali Tengah

• Masjid Kampung Pintu Padang

• Masjid UITM Raub

• Masjid PUSPEN Sungai Ruan

10-LIPIS

• Masjid Jamek Kampung Budu

• Masjid Saidina Ali Kampung Tempoyang

• Masjid Kampung Gua

• Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Sungai Koyan

• Masjid Al-Muttaqim Kampung kerambit

• Masjid Kampung Relong

11- CAMERON HIGHLANDS

• Masjid Kayangan Berinchang

• Masjid Kuala Boh

12- MUADZAM SHAH

• Masjid Bukit Ibam

• Masjid Felda Keratong 4

• Masjid Tengku Ampuan Afzan, Bandar Satelit

• Masjid Felda Keratong 3

• Masjid Felda Keratong 9

13- CHENOR

• Masjid At-Taqwa Kampung Awah

• Masjid Al- Furqan, Felda Kampung Awah

• Masjid Nurul Huda, Jengka 18

• Masjid Al-Wifak, Felda Jengka 6

• Masjid Ubudiah, Felda Sungai Nerek

14- JENGKA

• Masjid Felda Jengka 1, 3, 12, 13 dan 22.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus