Public Bank bantu dua pusat jagaan kanak-kanak

Razak (tengah) menyampaikan sumbangan cek kepada Penolong Kanan Pusat Jagaan Nuri, Isnianti Osman (tiga dari kiri) dan Pengetua Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah Cheras, Mohd Hafizul Abd Ghani (tiga dari kanan) pada majlis penyampaian cek dan hadiah di Menara Public Bank Rabu lalu.

A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua pusat jagaan kanak-kanak menerima sumbangan di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) Public Bank berupa cek dan perkakasan elektrik bernilai RM25,850.

Sumbangan disempurnakan oleh Pengurus Besar Kanan Bahagian Hal-Ehwal Awam (PAD) Public Bank, Datuk Razak Dali dalam satu majlis penyampaian cek yang diadakan di Menara Public Bank pada Rabu lalu.

Memetik kenyataan Public Bank, sumbangan itu memberi manfaat kepada 160 kanak-kanak yang tinggal Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah dan Pusat Jagaan Nuri yang terletak di Kuala Lumpur.

Kenyataan menyebut, sumbangan itu adalah sebahagian aktiviti CSR yang dijalankan sepanjang tahun.

"Ia komitmen berterusan bank sebagai warga korporat yang prihatin cuma penyampaiannya disesuaikan dengan normal baharu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

"Sebelum ini penyampaian cek akan dibuat semasa lawatan wakil bank ke rumah kanak-kanak kurang bernasib baik namun kali ini disampaikan di Menara Public Bank," memetik kenyataan itu.

Dalam majlis itu, Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah menerima sumbangan cek bernilai RM12,000 sementara Pusat Jagaan Nuri sebanyak RM5,000 berserta barangan elektrik.

Artikel Berkaitan: