'Saksikan hukuman rakyat kepada kerajaan'

Tengku Razaleigh melawat ahli veteran Umno yang terlantar sakit di Kampung Sungai Asap.
A
A

'Saksikan hukuman rakyat kepada kerajaan'

GUA MUSANG - PRK Parlimen Cameron Highlands dijangka akan menyaksikan ‘hukuman’ rakyat terhadap kerajaan yang masih gagal memenuhi janji dalam manifesto PRU lalu.

Pengerusi Jemaah Penasihat Umno, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, PRK yang bakal berlangsung pada 26 Januari ini memperlihatkan sejauh mana penerimaan rakyat terhadap kerajaan baharu.

Menurutnya yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, kemungkinan PH akan hilang sokongan melalui undi apatah lagi calon BN, Ramli Mohd Noor ialah calon Orang Asli tempatan.

“Kita yakin, rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap kerajaan kini kerana apa yang dijanjikan semasa PRU14 masih belum tertunai,” katanya selepas Majlis perjumpaan dengan ahli Umno Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Asap dalam program ‘Seperdu’ di Sungai Asap di sini, semalam.

Dalam pada itu, beliau bersama Adun Nenggiri, Ab Aziz Yusoff; Adun Galas, Mohd Syahbuddin Hashim dan Adun Paloh, Amran Arifin turut melawat ahli veteran Umno di kawasan berkenaan.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia