Ibu sembilan anak sudah terima bantuan sejak tahun 2007

Laporan Sinar Harian online berkenaan Aminah
Laporan Sinar Harian online berkenaan Aminah
A
A
A

SEREMBAN - Ibu sembilan anak di Kampung Bahagia Jiboi di sini yang terpaksa tebalkan muka meminta bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah menerima bantuan Perbadanan Baitulmal Negeri Sembilan sejak tahun 2007.

Ketua Wilayah Tengah Perbandanan Baitulmal negeri Che Som Omar berkata, berdasarkan rekod, hampir 90 kali bantuan diberi termasuk bantuan am kebajikan, persekolahan, perubatan, sara hidup, tunggakan bil dan sewaan.

"Baitulmal juga turut beri bantuan mesin jahit untuk berniaga berjumlah RM5,000 pada tahun 2013 yang mana jumlah keseluruhan bantuan yang telah diterima keluarga itu berjumlah RM27,590.

"Mereka juga turut terima bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) melalui Bantuan Kanak-Kanak sebanyak RM400 sebulan," katanya kepada Sinar Harian.

Baitulmal memberi bantuan barangan keperluan
Baitulmal memberi bantuan barangan keperluan

Menurutnya, pihaknya difahamkan mereka turut menerima bantuan daripada NGO dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

Selain itu kata Che Som menafikan dakwaan wanita itu bahawa bantuan barangan keperluan daripada Baitulmal dihentikan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Ini kerana bantuan itu kita gantikan dengan kredit tunai ke dalam akaun bank kerana keluarga itu tidak mampu untuk mengambil bantuan seperti kebiasaan selain perlu mematuhi arahan PKP," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sinar Harian sebelum ini melaporkan sepasang suami isteri yang memiliki sembilan anak terpaksa tebalkan muka meminta bantuan bagi mengurangkan bebanan dialami mereka yang ada kalanya terpaksa mengalas perut dengan biskut.

Aminah Abdullah, 36, dan suaminya, Ahmad Hassan, 46, yang tinggal di Kampung Bahagia Jiboi, Ampangan di sini turut mengakui keadaan mereka sekeluarga menjadi semakin sukar apatah lagi Ahmad yang bekerja kampung terjejas pendapatannya sejak pelaksanaan PKP.

ARTIKEL BERKAITAN Ibu sembilan anak tebalkan muka minta bantuan