PKP Pentadbiran: Kanak-kanak 2 tahun antara positif Covid-19

Petugas keselamatan melaksanakan operasi di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang, Kuala Langat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran.
Petugas keselamatan melaksanakan operasi di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang, Kuala Langat yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran.
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun disahkan positif Covid-19 hasil ujian saringan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara pentadbiran di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, turut disahkan positif adalah seorang wanita berusia 22 tahun.

"Kedua-dua mereka ini masing-masing adalah penduduk di zon B dan zon C selain disahkan tiada hubungan kekeluargaan antara mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Taman Langit Murni, Kuala Langat dikenakan PKP Pentadbiran

"Selain itu, difahamkan juga kanak-kanak terbabit adalah anak kedua daripada tiga beradik. Setakat ini, ahli keluarga kanak-kanak terbabit termasuk ibu bapanya disahkan negatif," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Azizan
Azizan

Azizan berkata, wanita serta kanak-kanak itu kini telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut.

Tambah Azizan, pihaknya kini sedang giat melaksanakan Ops Pintu bagi memastikan semua penghuni rumah keluar bagi membuat ujian saringan Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Setakat hari ini, proses saringan masih dijalankan selepas sedikit tergendala kerana hujan lebat," katanya.

Terdahulu, pelaksanaan PKP secara pentadbiran di kawasan terbabit bermula 2 Jun sehingga 16 Jun berikutan 20 warga asing yang merupakan pekerja pembersihan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan menetap di kawasan ini didapati positif pada 28 Mei lalu.

Pegawai Daerah Kuala Langat, Mohd Jusni Hashim berkata, anggaran keluasan yang terlibat adalah seluas 107 ekar dengan perimeter 4,100 meter. Ia turut membabitkan 1,752 rumah dengan anggaran penduduk seramai 9,000 orang.

Petugas keselamatan melaksanakan operasi di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang, Kuala Langat yang dikenakan PKP secara pentadbiran.
Petugas keselamatan melaksanakan operasi di Taman Langat Murni dan Taman Langat Utama, Bukit Changgang, Kuala Langat yang dikenakan PKP secara pentadbiran.