Lelaki melecur 80 peratus

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
A
A

SEREMBAN - Seorang lelaki berada dalam keadaan kritikal akibat melecur 80 peratus selepas sebuah Distribution Box (DB) meletup ketika ia sedang diselenggara di tingkat dua Wisma Punca Emas, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seremban Mohamad Idris berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 1.14 tengah hari semasa lelaki berumur lingkungan 50an itu bersama dua rakan sekerjanya sedang melakukan kerja-kerja pendawaian di bangunan berkenaan.

Beliau berkata, DB itu meletup secara tiba-tiba ketika ia sedang diselenggara, dan dua rakan lelaki itu yang terkejut dengan letupan, bergegas turun ke tingkat bawah untuk menyelamatkan diri.

Katanya, 17 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Seremban dan Seremban 2 tiba ditempat kejadian kira-kira semint selepas menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.14 tengah hari dan menemui lelaki itu ditingkat dua bangunan.

Bercakap kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian, Mohamad berkata lelaki itu dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk mendapatkan rawatan, dan pihaknya sedang menjalankan kerja-kerja mengeluarkan asap pada bangunan serta menyiasat punca kejadian.

Wisma Punca Emas merupakan antara bangunan pusat beli belah terawal di Seremban. - Bernama