Amanah sentiasa kekal di landasan

Mohamad Sabu ketika merasmikan pembukaan pusat jualan motosikal dan servis motosikal Honda Impian di Bertam.
Mohamad Sabu ketika merasmikan pembukaan pusat jualan motosikal dan servis motosikal Honda Impian di Bertam.
A
A
A

KEPALA BATAS - Sentiasa mendukung Islam dalam perjuangan dan berprinsipkan inklusif dalam memacu perjuangan dalam politik tanah air adalah antara teras dalam Amanah.

Presiden Amanah, Mohamad Sabu berkata, Amanah juga semakin kuat dari segi ahli dan sokongan daripada akar umbi dan masyarakat.

“Pelbagai cacian dan tohmahan dilemparkan kepada Amanah namun tanggapan negatif dan sebagainya itu perkara biasa, Amanah masih kekal sebagai parti yang memperjuangkan dasar perjuangan Islam bersifat inklusif.

“Mungkin umurnya baru tiga tahun tak dapat diukur dengan parti yang 50, 60 tahun tapi kami sedang meningkat dan ahli sedang bertambah. Alhamdulillah, dari segi ahli, Amanah kini mempunyai keahlian seramai 100 000, dan keahlian yang ramai adalah daripada Kelantan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir merasmikan Majlis Pembukaan Honda Impian di Bertam di sini, hari ini.

Menurutnya, Amanah menerima kemasukan ahli baharu daripada Pas sebanyak 40 peratus dan ia parti itu dilihat semakin diminati dan melalui proses perkembangan yang positif.

“Alhamdulillah, penerimaan daripada masyarakat tiada masalah, malahan kami sedang berkembang pesat di Kelantan. Sebelum PRU lalu, keahlian kurang daripada 100 000 iaitu 80,000 hingga 90,000,” katanya.

Artikel Berkaitan: