Covid-19: Kes baharu kembali dua angka, kes sembuh catat 80 peratus

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah -Foto Bernama
A
A
A

PUTRAJAYA - Jumlah jangkitan kes positif Covid-19 baharu yang dilapor hari ini kembali turun kepada dua digit iaitu 19 kes dengan sembilan kes melibatkan warganegara Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Bagaimanapun katanya, terdapat satu kes kematian hari ini selepas 13 hari berturut-turut tiada kes kematian baharu dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 116 kes atau 1.4 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr Noor Hisham berkata, daripada 19 kes baharu, tujuh kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

"Daripada 12 kes penularan di dalam negara, tiga kes adalah bukan warganegara manakala sembilan kes membabitkan warganegara Malaysia.

"Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 8,266 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,540 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini Covid-19 di sini hari ini.

Kes yang telah pulih dan dibenarkan keluar hospital hari ini ialah 51 kes menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya adalah sebanyak 6,610 kes iaitu 80 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.- Bernama

Artikel Berkaitan: