X

Kindly register in order to view this article
!

Kerajaan beri pengecualian cukai jualan kereta

Gambar hiasan -Foto 123rf
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengecualikan cukai jualan sebanyak 100 peratus ke atas jualan kereta penumpang pemasangan tempatan bagi tempoh 15 Jun hingga 31 Disember 2020 bagi menggalakkan pertumbuhan industri automotif negara.

Insentif pengecualian cukai itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan khas Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) yang disiarkan secara langsung menerusi radio dan televisyen hari ini.

Selain itu, beliau turut mengumumkan pengecualian 50 peratus cukai bagi kereta penumpang yang diimport bagi tempoh sama.

Sementara itu, Malaysia akan memanfaatkan pasaran hutang dengan terbitan 'Sukuk Prihatin' berjumlah RM500 juta pada suku ketiga tahun ini untuk membiayai antara lainnya perusahaan mikro dan geran penyelidikan bagi penyakit berjangkit.

Tema Sukuk itu adalah “Daripada Rakyat, Kepada Rakyat”.

Muhyiddin berkata, terbitan instrumen Hutang Islam itu adalah bagi membolehkan rakyat menyertai kerajaan dalam menyokong langkah-langkah pemulihan pasca pandemik Covid-19.

"Dana yang terkumpul ini akan disalurkan untuk membantu pembiayaan perniagaan perusahaan mikro terutamanya usahawan wanita, penambahbaikan liputan internet jalur lebar di sekolah terutamanya di kawasan luar bandar dan geran penyelidikan penyakit berjangkit," katanya.

Terbitan itu akan dilakukan oleh Kementerian Kewangan.- Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus