Pembiayaan RM1 bilion untuk PKS pelancongan

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan menyediakan pembiayaan berjumlah RM1 bilion di bawah Skim Pembiayaan Pelancongan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi membantu sektor pelancongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, skim tersebut kan ditawarkan untuk membiayai inisiatif transformasi oleh perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam sektor pelancongan.

Menurutnya, langkah itu bagi memastikan PKS dapat terus beroperasi dan berdaya saing dalam era kebiasaan baharu.

“Perincian dana ini akan diumumkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pada Julai depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan dan media sosial di sini hari ini.

Artikel Berkaitan: