Solat Jumaat Masjid Muhammadi lancar dengan 40 makmum

Penjarakkan turut dilakukan mengikut SOP ditetapkan semasa mendengar khutbah.
Penjarakkan turut dilakukan mengikut SOP ditetapkan semasa mendengar khutbah.
A
A
A

KOTA BHARU - Solat Jumaat di Masjid Muhammadi hari ini berjalan lancar mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan iaitu melibatkan 40 makmum sahaja.

Tinjauan Sinar Harian mendapati setiap makmum yang datang masing-masing membawa surat jemputan yang telah diberikan kepada mereka oleh pihak jawatankuasa masjid.

Imam Tua Masjid Muhammadi, Sobri Abdullah berkata, pihak masjid juga amat gembira kerana akhirnya jumlah makmum semakin bertambah dari masa ke masa.

"Alhamdulillah kami teruja untuk kembali seperti dulu. Insha-ALLAH, akan sampai masanya nanti kita boleh solat ramai-ramai balik. Sama-sama kita jaga diri, ikut SOP ditetapkan," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Sobri turut melalui terowong sanitasi sebelum masuk ke dalam masjid.
Sobri turut melalui terowong sanitasi sebelum masuk ke dalam masjid.

Menurutnya, dia menerima panggilan telefon bertalu-talu daripada masyarakat di kawasan tersebut untuk meminta kebenaran mendirikan solat Jumaat hari ini.

Bagaimanapun, dia tetap perlu berlaku adil untuk memberikan kebenaran mengikut surat yang dikeluarkan oleh pihak masjid.

"Memang ramai mesej dan telefon saya, minta nak datang solat. Saya kata sabar, kita ikut giliran. Insha-ALLAH semua dapat solat nanti.

Artikel Berkaitan:

"Saya faham perasaan mereka. Tapi SOP kita mesti patuh, kita tidak mahu berlaku sesuatu tidak diingini. Apa yang penting semua pihak perlu bersabar," katanya.

Pintu pagar belakang di tutup apabila makmum sudah cukup 40 orang sebagaimana yang di arahkan.
Pintu pagar belakang di tutup apabila makmum sudah cukup 40 orang sebagaimana yang di arahkan.

Selain itu, pihak Masjid Muhammadi turut berterima kasih kepada Zull Design Autotronic kerana memberi infak mesin nyahkuman VirusBuster Nano Spray untuk digunakan di masjid tersebut.

Pengasas Rumpun Ilmuan Resources yang juga wakil Zull Design, Hisham Mat Hussin berkata, pihaknya terpanggil untuk menginfakkan mesin tersebut sebagai salah satu kegunaan pihak masjid dalam proses sanitasi badan untuk mengelak penularan koronavirus (Covid-19).

"Jika ada masjid-masjid lain sama-sama nak guna mesin ini pun boleh, kami alu-alukan. Kita boleh sediakan kaedah yang sesuai untuk mereka yang memerlukan.

"Buat masa sekarang ini Masjid Muhammadi merupakan masjid pertama yang guna mesin ini dan kita bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berminat untuk mencuba," katanya.

Makmum yang hadir perlu mendaftarkan diri dan memeriksa suhu badan sebelum ke bahagian sanitasi dan dibenarkan masuk ke dalam masjid.
Makmum yang hadir perlu mendaftarkan diri dan memeriksa suhu badan sebelum ke bahagian sanitasi dan dibenarkan masuk ke dalam masjid.