Kerajaan perkenal Penjana bernilai RM35 bilion

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sebentar tadi.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan memperkenalkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) dengan tema Bersama Menjana Ekonomi bagi menangani impak pandemik koronavirus (Covid-19).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, di bawah Penjana itu, kerajaan telah mengenal pasti tiga teras utama.

Menurutnya, pertama ialah memperkasakan rakyat dan kedua, melonjakkan perniagaan serta ketiga, merangsang ekonomi.

“Secara keseluruhan terdapat 40 inisiatif bernilai RM35 bilion di bawah Penjana.

“Daripada jumlah itu, RM10 bilion adalah suntikan fiskal langsung daripada kerajaan,” katanya ketika mengumumkan Perutusan Khas Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang disiarkan secara langsung di beberapa stesen televisyen tempatan dan media sosial, hari ini.

Artikel Berkaitan: