Khalid Samad ucap tahniah Shahruddin berani pertahan prinsip

Khalid Samad
Khalid Samad
A
A
A

SHAH ALAM – Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad kagum atas prinsip dipertahankan oleh Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Dr Shahruddin Md Salleh melalui peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya.

Menurutnya, walaupun Shahruddin antara pemimpin yang paling rapat dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan pernah menjadi Setiausaha Politiknya semasa Muhyiddin menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, namun hubungan rapat itu tidak menjadi halangan untuk pemimpin tersebut tetap bertindak sedemikian.

Beliau turut mengharapkan semua yang telah menang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) atas mandat rakyat akan menginsafi kedudukan mereka dan bertindak sebagaimana Shahruddin.

“Tahniah atas keberanian dan prinsip yang dipertahankan oleh Shahruddin.

“Saya amat kagum dengan tindakan bekas timbalan saya di Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang meletakkan jawatan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya atas sebab prinsip,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Khalid berkata, Ahli Parlimen Sri Gading itu juga disifatkan menghormati mandat diberikan rakyat pada PRU14 lalu yang memilihnya sebagai wakil rakyat Pakatan Harapan dan bukannya Perikatan Nasional (PN).

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya sedia tinggalkan PN demi survival Bersatu'

Artikel Berkaitan: