X

Kindly register in order to view this article
!

Kemenangan itu satu ketagihan

Khedira -Foto: 90min.com
A
A

BINTANG Jerman, Sami Khedira, berazam untuk melakar lebih banyak kejayaan bersama Juventus terutamanya bagi merangkul trofi Liga Juara-Juara.

Khedira percaya hasrat berkenaan termasuk trofi-trofi lain boleh direalisasikan skuad The Old Lady itu dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Saya telah merasa nikmat memenangi hampir kesemuanya (trofi). Tetapi bagi saya, kemenangan boleh diibaratkan sebagai satu ketagihan kerana jika tidak menang apa-apa trofi untuk setahun, kita pasti kembali tahun hadapan untuk cuba memenangi kesemua trofi dan kejuaraan (yang ada).

"Impian saya adala untuk memenangi trofi Liga Juara-Juara bersama Juventus dan tiga atau empat tahun lalu kami hampir melakukannya pada aksi final menentang Real Madrid.

"Oleh itu, saya rasa kita (Juventus) boleh memenangi trofi berkenaan dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Ia bukan hanya impian saya semata-mata, tetapi juga setiap penyokong Juventus," katanya.

Untuk rekod, Juventus kini mendominasi saingan Serie A dengan lapan gelaran juara Serie A berturut-turut, setakat iniGergasi bola sepak Itali itu juga berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik, namun tewas 0-1 kepada Lyon dalam aksi pertama sebelum saingan bola sepak di seluruh dunia ditangguhkan berikutan pandemik Covid-19.

Sementara itu Khedira, membantu Madrid menjulang trofi Liga Juara-Juara pada 2014 lalu, dia kini mahu membantu membawa trofi berkenaan ke Turin kelak.

Katanya, banyak trofi telah berjaya dimenanginya ketika beraksi bersama Madrid termasuk memenangi liga, trofi termasuk Liga Juara-Juara.

dan pada 2014 saya turut membantu Jerman muncul juara Piala Dunia.

"Ia tahun yang bagus buat saya. Kita ada pasukan yang cukup kuat termasuk karekter masing-masing. Itu sebabnya saya tidak tidak akan lupakan saat gemilang ini dan sampai sekarang saya masih peminat Madrid. Hala Madrid!

"Kontrak saya denan Juventus hanya akan berakhir tahun hadapan dan saya tidak bercadang untuk berpindah Saya rasa selesa di Itali dan bersama pasukan, saya ada pasukan yang kuat dan kami masih 'dahaga'kan kejayaan.

“Kini saya lebih yakin dan tidak ada sebab untuk saya berhijrah ke pasukan lain. Saya gembira di Juventus dan di Turin," katanya.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!