Lovren tak kisah dikritik

Dejan Lovren
Dejan Lovren
A
A
A

PEMAIN pertahanan Liverpool, Dejan Lovren tidak ambil kisah dengan kritikan yang dilemparkan peminat terhadap persembahannya dalam setiap perlawanan.

Menurutnya, apa yang penting baginya adalah kritikan yang diberikan oleh pengendali pasukan, Jurgen Klopp yang menjadi pedoman untuknya memperbaiki persembahan.

"Ia seperti dalam kehidupan. Ada ketika ia positif dan ada ketika negatif. Tetapi, anda harus selalu jujur kepada diri sendiri.

"Saya tahu apa yang saya lakukan ketika dalam latihan dan membuat segalanya untuk menjadi lebih baik. Tetapi, jika melakukan kesilapan, wajar untuk saya dikritik.

"Kritikan tidak menggangu saya. Kritikan yang saya ambil serius ialah daripada pengurus pasukan dan diri saya sendiri adalah kritikan paling besar," katanya.

Prestasi Lovren bersama Liverpool terus mengundang kemarahan peminat dengan aksinya ketika kekalahan mengejut 0-3 kepada Watford pada Februari lalu selepas dia diturunkan sebagai kesebelasan utama bagi menggantikan Joe Gomez yang mengalami kecederaan.

Dalam masa sama, dia memahami kehendak peminat yang mahu pasukan sentiasa beraksi dengan baik, namun mengharapkan peminat juga mampu realisitik dalam setiap perlawanan yang diharungi.

"Saya boleh melihat ketika saya main bagus atau tidak ataupun sederhana sahaja. Saya tidak perlukan orang lain untuk memberi tahu saya.

Artikel Berkaitan:

"Namun, ini bola sepak dan kami harus menerimanya.Kritikan hanya akan membuat saya makin kuat," katanya.