Mohd Redzuan perjelas kedudukannya dalam kerajaan, parti petang ini

Mohd Redzuan
Mohd Redzuan
A
A
A

SHAH ALAM – Satu sidang akhbar akan diadakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof petang ini berhubung kedudukannya dalam kerajaan dan parti.

Menurut sumber, sidang akhbar itu adalah untuk menyatakan pendirian dan keputusan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkenan dengan hasil daripada mesyuarat tergempar Bersatu yang berlangsung selama hampir tiga jam semalam.

“Sidang media akan diadakan di kediaman rasminya (Mohd Redzuan) di Kajang pada 4.30 petang ini dan beliau akan umumkan hasil mesyuarat semalam dan pendiriannya dalam parti dan kerajaan.

“Sebelum ini ada desas-desus yang mengatakan beliau akan lompat parti atau kekal.

"Beliau sudah putuskan keputusannya dan akan maklumkan keputusannya petang ini,” kata sumber itu kepada Sinar Harian di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Timbalan Menteri Kerja Raya letak jawatan

Sebelum ini, Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh memaklumkan, beliau masih bersama Perikatan Nasional (PN) susulan peletakan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, semalam.

Dalam satu surat ditujukan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau memaklumkan akan kekal duduk di kerusi penyokong kerajaan PN di Dewan Rakyat dan turut merakamkan terima kasih kepada Muhyiddin yang memberi peluang kepadanya untuk berada dalam Jemaah Menteri.

Artikel Berkaitan: