X

Kindly register in order to view this article
!

Segera cadangan selesai banjir kilat di Seksyen 13, Bukit Jelutong

Najwan Halimi
A
A

SHAH ALAM - Cadangan penyelesaian isu banjir kilat di Seksyen 13 dan Bukit Jelutong diharap dapat dikaji dan dilaksanakan segera oleh agensi serta jabatan berkaitan bagi memastikan insiden dapat dielakkan pada masa akan datang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Anggerik, Najwan Halimi berkata, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah mencadangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk melaksanakan kajian keberkesanan sistem saliran dalaman.

Menurutnya, ia bagi memastikan sistem saliran yang efisien dibina untuk mengurangkan risiko banjir.

"Susulan insiden banjir kilat yang melanda sekitar Seksyen 13 dan Bukit Jelutong semalam, JPS telah cadangkan kepada PBT untuk laksanakan kajian keberkesanan sistem saliran dalaman.

"Pihak JPS turut mencadangkan pelaksanaan kaedah 'control at source' sebagai tindakan penyelesaian jangka panjang kerana Sungai Damansara sudah tidak mampu menampung air larian yang dialirkan terus secara cepat," katanya menerusi kenyataan dimuat naik di Facebooknya hari ini.

Terdahulu,media melaporkan hujan lebat pagi semalam menyebabkan kereta yang diletakkan di kawasan parkir awam sebuah pasar raya terkemuka berhampiran Stadium Shah Alam di Seksyen 13 di sini ditenggelami banjir.

Kawasan terbabit sudah beberapa kali mengalami banjir kilat sekitar tahun 2015 dan 2018 dan kejadian dua tahun menyebabkan banyak gerai jualan di sekitar lokasi terbabit terjejas.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus