14 premis ingkar dikenakan tindakan

Anggota penguatkuasa MPK menjalankan pemeriksaan sewaktu operasi berkenaan.
Anggota penguatkuasa MPK menjalankan pemeriksaan sewaktu operasi berkenaan.
A
A
A

KLANG - Sebanyak 14 premis perniagaan dikenakan tindakan oleh Majlis Perbandaran Klang (MPK) selepas gagal mematuhi aspek kebersihan ditetapkan menerusi satu operasi yang dilaksanakan di sekitar Jalan Selampit, Taman Klang Jaya semalam.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat MPK, Norfiza Mahfiz berkata, dalam operasi itu, pihaknya mengeluarkan enam kompauan, dua notis dan enam amaran lisan kepada peniaga terlibat berikutan melanggar peraturan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Beliau berkata, tindakan berkenaan diambil di bawah kesalahan Undang-Undang Kecil Pembuangan, Pemungutan dan Pelupusan Sampah Sarap (MPK) 2007 dan Seksyen 47 (D) Akta Parit Jalan Bangunan 1974.

" Tindakan dan pemantauan ini dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Persekitaran MPK susulan daripada banyak aduan diterima daripada masyarakat setempat," katanya dalam satu kenyataan.

Tambah Norfiza, MPK juga tidak akan berkompromi dan akan memastikan semua premis-premis perniagaan mematuhi peraturan kebersihan ditetapkan selepas ini.

"MPK akan meneruskan serbuan di premis-premis yang dikenalpasti selepas ini untuk memastikan para peniaga terlibat dapat menjaga kesihatan yang ditetapkan," katanya.

Artikel Berkaitan: